Entry Facebook Ask.Fm Twitter Follow Dashboard

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE BORNEO SABAH


SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE BORNEO SABAH

     


Peta Sabah


      Bermula pada era penjajahan British iaitu kira-kira abad ke-14 yang lalu.Pendakwah Islam yang pertama datang ke Sabah berasal dari Sulawesi dan menyebarkan Islam di Lahad Datu. Buktinya terdapat manuskrip dalam bahasa Ida’an yang mengesahkan kedatangan Islam yang awal berlaku di Lahad Datu.


Antara nama-nama Pendakwah 
  •  Mandur Syarif . Beliau menyebar Islam di kawasan Daerah Ranau 
  • Ustaz Zaini Al-Palembangi pula menyebarkan di kawasan Daerah Lahad Datu


Antara sebab kewujudan Islam ke sabah ialah 

  • Tuntutan agama Islam sendiri, iaitu Islam wajib disebarkan kepada orang lain, Islam dan bukan Islam.
  • Bersaing dengan mubaligh-mubaligh Kristian yang datang untuk menyebarluaskan ajaran Kristian .
  • Pedagang-pedagang yang datang dari Indonesia, Filipina dan Brunei berdagang ke Sabah, seperti ke Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Mereka pada mulanya berhubungan dengan penduduk setempat untuk berurus niaga, akan tetapi dengan keramahan dan kemuliaan hati budi yang ditunjukkan oleh para pedagang, akhirnya menambat hati penduduk kampung di daerah-daerah tersebut.


Antara kesan adanya aktiviti Dakwah di Sabah ialah

  • Persatuan Islam Tawau iaitu pada tahun 1950 hingga 1960-an
  • Persatuan Islam Putatan iaitu pada tahun 1950-1960-an
  • Sekolah Agama At-Thudiniyyah, Kg. Buang Sayang, Papar iaitu pada tahum tahun 1956 , yang diasaskan oleh Allahyarham Datuk Salleh Ibrahim
  • Selepas Merdeka , Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (U.S.I.A)1959
  • Tujuan penubuhan U.S.I.A ialah untuk menyatukan semua pertubuhan-pertubuhan Islam.
  • Political Strategy , pemerintah ketika itu Parti USNO telah Menyebarkan Islam kerana Pemerintah adalah beragama Islam.
  • Untuk capai status Negeri Islam, mesti penduduknya seramai 60% beragama Islam.
  •  Agama Islam sebagai agama rasmi di Negeri Sabah telah mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri pada tahun 1971.
  •  Rentetan daripada itu, Majlis Ugama Islam Sabah telah ditubuhkan pada 1791 bagi mengurus tadbir hal ehwal Islam. 


Agama-agama lain di Sabah ialah

  •  Kristian
  •  Buddha
  •  Hindu
  •  Sikh
  •  Pagan


 Antara purata penduduk bukan Islam di Sabah ialah

Kira-kira seramai 40% daripada penduduk keseluruhan di Sabah .
9 Purata penduduk bukan Islam yang memeluk Islam setiap tahun mulai tahun 2000 ialah kira-kira 1,300 orang – 2,000 orang.

RUJUKAN DARIPADA 

  • http://mumtazhumaira.blogspot.com/2010/09/memahami-sejarah-awal-kedatangan-islam.html