Entry Facebook Ask.Fm Twitter Follow Dashboard

SEMANGAT PERPADUAN DI SABAH

    

SEMANGAT PERPADUAN DI SABAH

                  


             Malaysia adalah sebuah negara yang penduduknya terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan cara hidup yang tersendiri. Perbezaan ini dapat dilihat melalui bahasa, politik ,ekonomi , tempat tinggal dan hubungan sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada kaum Cina, kaum India, kaum Melayu. Manakala di Sabah dan Sarawak  terdapat kaum Kadazan,Iban ,Kayan, Bajau, Bidayuh dan banyak lagi. Mereka ini juga dianggap sebagai kaum Bumiputera selain orang-orang Melayu termasuk orang Asli . Intergasi pula membawa maksud penyatuan kelompok masyarakat yang mempuntai latar belakang yang berbeza ,lalu menjadi satu entiti yang terikat oleh nilai serta kepentingan bersama. Ia juga berperanan untuk menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui  identiti bersama kerana perpaduan rakyat menjadi teras kepada kemerdekaan negara yang berdaulat . 



  • Sabah yang telah  mengamalkan toleransi serta mampu mengekalkan keharmoniannya di sebalik penduduk yang berbilang bangsa dan agama mampu 'dieksport' sebagai model terbaik kepada masyarakat dunia.



  • Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, perpaduan kaum merupakan amalan dan budaya rakyat negeri ini yang masih lagi kukuh serta dapat dikekalkan sejak dahulu lagi.
  • "Sikap saling menghormati antara satu sama lain merupakan kunci utama masyarakat di sini yang dapat mengekalkan keharmonian sejagat walaupun hidup di samping kaum-kaum lain," katanya.
  • Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena perasmian Persidangan Penyelidikan Borneo Antarabangsa kali ke-12 di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini semalam.
  • Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun.
  • Musa berkata, selain itu, masyarakat di negeri ini sangat memandang tinggi kedudukan wanita dan kanak-kanak termasuk diberikan penghargaan sama rata tanpa mengambil kira perbezaan gender.
  • Kata beliau, masyarakat di Borneo sebenarnya banyak mengajar dunia tentang kesamaan gender, hak kanak-kanak serta bagaimana mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.
  • Mengulas tentang persidangan itu, beliau melahirkan harapan agar pemahaman dunia terhadap masyarakat Borneo dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa.
  • Beliau menjelaskan, persidangan itu memberi peluang kepada penyelidik, penuntut serta orang awam untuk mendalami dan meningkatkan pengetahuan mereka tentang susur-galur masyarakat di Borneo.
  • Sementara itu, Presiden Persatuan Penyelidikan Borneo, Prof. Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan memberitahu, keharmonian kaum di Sabah sangat penting untuk terus diwarisi generasi akan datang.
  • Tambahnya, kajian tentang hubungan etnik di negeri ini perlu bagi bekalan pengetahuan untuk dimiliki generasi akan datang agar mereka mengetahui latar belakang asal-usul masing-masing.


Kesan semangat perpaduan di Sabah







  • kerajaan berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum.Selain itu juga  Integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara .Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di negara .

  • Dalam bidang ekonomi pula ketidaksamarataan telah mewujudkan jurang yang sangat besar antara kaum dan etnik dan ia menjadi penghalang kepada integrasi dan perpaduan kaum serta etnik.  Lantaran itu kerajaan telah mewujudkan usahawan-usahawan Melayu dengan cara memberi bantuan, pinjaman ,lessen dan kontrak pekerjaan.Di samping itu juga agensi kerajaan seperti PERNAS,MARA dan UDA turut membantu orang Melayu dengan aktif terutama dalam bidang perniagaan agar matlamat Dasar Ekonomi Baru tercapai. Kerajaan juga mengalakkan kaum bumiputera membeli saham tajaan kerajaan seperti MARA dan PNB. Tidak ketinggalan juga kerajaan telah membangunkan tanah seperti FELDA, RISDA , KEJORA , KESEDAR dan FELCRA unbtuk mermbangunkan kedudukan ekonomi dan sosial kaum bumiputera.

  •  Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan pendekatan agropolitan akan dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada masyarakat Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini untuk golongan ini akan membolehkan mereka memajukan dengan bantuan kerajaan. Di samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur  dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan kemahiran. Kerajaan tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang tertinggal dalam pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial perlu diutamakan. Pemberian tanah serta usaha memajukan pertanian secara berkelompok  membolehkan mereka menikmati pendapatan yang lebih lumayan.

  • Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan pengkongsian pelbagai kaum dan etnik telah dilakukan semenjak merdeka lagi terutama dalam bidang pendidikan .Kurikulum pendidikan juga telah diubahsuai bagi pengenalan kepada unsur budaya pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di Negara kita. Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan agama juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan merupa dana tahunan disediakan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga kepada sekolah mubaligh . Ia adalah bertujuan memupuk hubungan antara kaum dan etnik, supaya kaum-kaum lain yang terdapat di Negara kita tidak terasa dipinggirkan oleh kerajaan.

  • Satu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang lengkap di samping rakyatnya sihat dan cerdas. Penyediaan kemudahan kesihatan yang menyeluruh serta bertaraf dunia telah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa memastikan tidak ada kawasan atau rakyat yang tidak mendapat perkhidmatan kesihatan di negara ini. Sejak RMK pertama  hingga RMK10 perkhidmatan kesihatan sentiasa diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Banyak hospital, pusat kesihatan, klinik, klinik bergerak tidak ketinggalan juga hospital pakar telah banyak didirikan di setiap negeri dalam negara ini. Peruntukan yang berbilion ringgit setiap tahun telah diberi kepada sektor kesihatan bagi menjamin kualiti kesihatan kepada rakyat. Ia dalaha bertujuan menjamin kesihatan rakyat terjamin tanpa mengira bangsa contohnya dengan kewujudan Klinik 1 Malaysia. Tanpa mengira lokasi sama ada bandar, pedalaman atau taman perumahan, kerajaan sentiasa menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat. Tidak ada mana-mana kawasan atau rakyat yang terpinggir daripada menikmati peluang kesihatan percuma di negara ini. Keprihatinan kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan bertujuan mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat, cergas dan mampu melaksanakan pembangunan untuk negara atau menyumbang secara yang mampu.

  • Tolak ansur dalam budaya juga telah menambahkan kemesraan antara kaum dan etnik apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa ibunda lain masih boleh digunakan dengan bebas tanpa sekatan. Kaum-kaum lain dan kumpulan etnik bebas mempelajari bahasa ibunda tanpa dikenakan hukuman. Begitu juga dengan amalan budaya lain masih boleh diteruskan oleh komuniti walaupun budaya Melayu jelas diamalkan di Negara kita. Tolak ansur ini bertujuan menjaga perasaan semua kaum dan etnik di Negara kita supaya semua prasangat dapat dihapuskan. Kerajaan juga tidak lupa menganjurkan kongsi raya bagi mewujudkan penyatuan dalam konsep 1 Malaysia. Begitu juga kunjungan muhibah yang diadakan sempena rumah terbuka setiap kali perayaan yang diadakan oleh Perdana Menteri dan ahli kabinet lain.

  • VIdeo Najib Razak menghadiri sambutan Hari Malaysia ke-50 "Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia" di Kota Kinabalu. Beliau menyifatkan penyatuan Sabah dan Sarawak, bagi membentuk Malaysia, sesuatu yang perlu disyukuri : https://www.youtube.com/watch?v=o47elP-vcms


RUJUKAN



SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE BORNEO SABAH


SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE BORNEO SABAH

     


Peta Sabah


      Bermula pada era penjajahan British iaitu kira-kira abad ke-14 yang lalu.Pendakwah Islam yang pertama datang ke Sabah berasal dari Sulawesi dan menyebarkan Islam di Lahad Datu. Buktinya terdapat manuskrip dalam bahasa Ida’an yang mengesahkan kedatangan Islam yang awal berlaku di Lahad Datu.


Antara nama-nama Pendakwah 
  •  Mandur Syarif . Beliau menyebar Islam di kawasan Daerah Ranau 
  • Ustaz Zaini Al-Palembangi pula menyebarkan di kawasan Daerah Lahad Datu


Antara sebab kewujudan Islam ke sabah ialah 

  • Tuntutan agama Islam sendiri, iaitu Islam wajib disebarkan kepada orang lain, Islam dan bukan Islam.
  • Bersaing dengan mubaligh-mubaligh Kristian yang datang untuk menyebarluaskan ajaran Kristian .
  • Pedagang-pedagang yang datang dari Indonesia, Filipina dan Brunei berdagang ke Sabah, seperti ke Sandakan, Tawau dan Lahad Datu. Mereka pada mulanya berhubungan dengan penduduk setempat untuk berurus niaga, akan tetapi dengan keramahan dan kemuliaan hati budi yang ditunjukkan oleh para pedagang, akhirnya menambat hati penduduk kampung di daerah-daerah tersebut.


Antara kesan adanya aktiviti Dakwah di Sabah ialah

  • Persatuan Islam Tawau iaitu pada tahun 1950 hingga 1960-an
  • Persatuan Islam Putatan iaitu pada tahun 1950-1960-an
  • Sekolah Agama At-Thudiniyyah, Kg. Buang Sayang, Papar iaitu pada tahum tahun 1956 , yang diasaskan oleh Allahyarham Datuk Salleh Ibrahim
  • Selepas Merdeka , Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (U.S.I.A)1959
  • Tujuan penubuhan U.S.I.A ialah untuk menyatukan semua pertubuhan-pertubuhan Islam.
  • Political Strategy , pemerintah ketika itu Parti USNO telah Menyebarkan Islam kerana Pemerintah adalah beragama Islam.
  • Untuk capai status Negeri Islam, mesti penduduknya seramai 60% beragama Islam.
  •  Agama Islam sebagai agama rasmi di Negeri Sabah telah mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri pada tahun 1971.
  •  Rentetan daripada itu, Majlis Ugama Islam Sabah telah ditubuhkan pada 1791 bagi mengurus tadbir hal ehwal Islam. 


Agama-agama lain di Sabah ialah

  •  Kristian
  •  Buddha
  •  Hindu
  •  Sikh
  •  Pagan


 Antara purata penduduk bukan Islam di Sabah ialah

Kira-kira seramai 40% daripada penduduk keseluruhan di Sabah .
9 Purata penduduk bukan Islam yang memeluk Islam setiap tahun mulai tahun 2000 ialah kira-kira 1,300 orang – 2,000 orang.

RUJUKAN DARIPADA 

  • http://mumtazhumaira.blogspot.com/2010/09/memahami-sejarah-awal-kedatangan-islam.html